Tuesday, November 16, 2010

chapter 1..


Part 1
Kelihatan ramai anak muda bermain papan luncur di sebuah taman permainan. Sekumpulan anak muda sedang berlungguk seperti berbincangkan sesuatu.
Zeerrrettt!!! Bunyi papan luncur diberhentikan dengan serta merta berhampiran dengan kumpulan tadi.
           “Eh. Aper cerr malam ni, jadi tak?” anak muda tadi lantas duduk bersila menyertai
mereka.
            “Aku okey saja. Kita orang memang tak ada masalah malam nie.” Seorang budak perempuan berambut pacak bersuara sambil tersenyum. Yang lain hanya mengiyakan sahaja. “Tapi ada sorang nie aku tengok senyap je dari tadi..” lantas semua menoleh kearah seorang budak perempuan yang sedang termenung jauh.
Dia yang berpakaian serba hitam dan berambut paras bahu tersentak apabila salah seorang dari mereka menepuk bahunya.
            Fath tidak selalunya begini. Walaupun dia bukan seorang yang banyak cakap, tetapi dia bukan seorang yang suka termenung. Fath seorang yang periang dan suka ketawa. Hari ini sikapnya berubah seperti ada sesuatu yang mengganggu.
            “Wei, ko okey tak nie? Dari tadi aku tengok menung je.. jangan cakap tak dapat pergi gig tu??” remaja yang berbaju hitam biru dan bertindik itu kelihatan ingin tahu.
            “Aku..sebenarnya,,,,,,,,,,,,” patut ke aku bagitahu mak bapa aku tak tahu lagi?
Spoil la nanti kan..aduhai…
            “Woi! Kau ni menung apa lagi? Sebenarnya ape??”
            “Sebenarnya aku pergi la. Jangan risau la. Tak mungkin aku tak pergi gig tu! Kita enjoy puas-puas malam nie ok!”
Mereka semua bersorak sambil ketawa dan berbincang tantang pekara yang ingin dilakukan malam nanti. Tetapi di sebalik keriangan itu, kerisauan memenuhi hati Fath. Hatinya bercampur-baur dengan perasaan gementar dan risau serta rasa bersalah. Tetapi dia pandai menyembunyikannya disebalik senyum dan gelak tawanya. Seperti seorang pelakon.
Lantak la. Ni malam aku..

Bunyi tingkap dibuka dari luar. Satu tubuh cuba memanjat tingkap untuk masuk ke bilik itu. Aksinya seperti sudah biasa memanjat tingkap itu.
Kkrangg!! Bunyi gitar jatuh. Tiba-tiba pintu terbuka, dan lampu menyala.
“Hai, awal kau balik hari ni? Baru pukul 4 lebih.” Seorang wanita berdiri di tepi pintu dengan muka bengangnya. Disebelahnya seorang lelaki yang hanya memakai kain pelekat memandang ke arah Fath dengan muka yang kesal.
“Mak, kenapa tak tidur lagi. Abah pun tak tidur lagi? Tunggu Fath ke?” dia hanya memandang mereka dengan muka yang tidak bersalah. Tanpa rasa kesal.
“Kau ni kenapa?! Keluar malam, balik dekat nak pagi. Kau tahu tak kami semua risau tentang kau!” wanita tadi terus membebel kepadanya.
Walaupun begitu, Fath lagi berminat pada gitarnya daripada bebelan maknya. Dia mengkaji sekiranya terdapat calar pada gitar tersebut semasa jatuh tadi. Di dalam hatinya, teringin sangat dia memetik tali gitar tersebut. Tetapi dibantutkan dengan bebelan suara. Nampaknya wanita tadi telah mengaku kalah setelah apa yang dikatakan tidak diambil peduli oleh Fath, dia lantas pergi menghilangkan diri pandangan Fath. Yang tinggal hanya seorang lelaki yang memandangnya dengan rasa kasihan.
Fath tahu dengan pandangan ayahnya itu. Pandangan kekecewaan. Dia paling tidak suka pada rasa bersalah. Dia memalingkan muka untuk mengelak pandangan ayahnya.Lantas ayahnya pergi meninggalkan Fath seorang diri. Dia baring termenung. Asap dan bunyi bising daripada tempat gig tadi masih terngiang di dalam kepalanya. Akibat terlampau penat, dia terlelap.
“Makin menjadi-jadi dia ni sekarang. Makin susah nak dikawal. Huh!” wanita tadi terus bersuara apabila lelaki tadi tiba di ruang tamu.
“Anak muda. Darah muda. Belum matang lagi, macam ni la perangainya.” Lelaki tadi bersuara. Kata-katanya agak ringkas tetapi bermakna.
“Tapi sampai bile dia nak jadi macam ni bang?”
“Rasanya sudah sampai masanya kita bagi dia peluang untuk hidup sendiri. Kita bawa dia ke tempat yang sepatutnya.” Lelaki tadi memandang isterinya seperti mengharap dia akan setuju dengan keputusan itu.

to be continue.........

No comments:

Post a Comment