Sunday, November 21, 2010

Kkkkrrriiinnng!!!
Bunyi loceng. Menandakan waktu rehat. Bagi setiap murid, ini adalah waktu yang amat dinantikan selain waktu balik. Tetapi lain pula bagi seorang murid ini. Setiap kali waktu rehat dia akan rasa gementar. Dia sememang berharap sangat tiada waktu rehat supaya dia hanya dapat duduk di dalam kelas sahaja. Tempat yang telah di sediakan untuk dirinya seorang. Hanya dia.
“Hey Syraf, tepi la!” seorang budak lelaki berbadan tegap melanggar bahu Syraf. Dia terus pergi ke depan memotong barisan pelajar yang sedang beratur untuk membeli makanan. Murid-murid lain hanya memberi laluan kepada budak lelaki tadi.
Bob. Itulah nama yang digeruni di sekolah ini. Musuh ketat Syraf.
Syraf berjalan untuk mencari tempat duduk di meja makan selepas selesai membeli makanan. Dia berjalan berhampiran dengan meja di mana rakan kelasnya berada.
“Ada satu tempat kosong disitu.” Hatinya berbisik.
Rakan-rakan yang lain terlihat dia memandang kearah tempat kosong tersebut. Lantas seorang budak perempuan yang duduk di sebelah kerusi kosong itu sengaja menumpahkan air di atas tempat duduk kerusi itu.
“Ooppsss…. Tak sengaja..” dengan manja yang dibuat-buat dia, dia memandang Syraf dengan perasaan yang puas hati dapat memalukannya.
Tanpa membuang masa dia beredar dari situ. Dia memarahi dirinya kerana berani berfikir untuk untuk duduk satu meja dengan mereka. Akhirnya dia duduk di meja paling hujung. Seorang diri. Tenang. Dan disisihkan.

Semua murid telah berlalu masuk ke kelas masing-masing, bersedia untuk pelajaran yang setrusnya. Tetapi langkah Syraf yang pelahan melencong jauh dari kelasnya.
“Kalau aku tak buat sekarang, bila lagi? You can do it Syraf! Tell her what you want!” kata-kata semangat terus bermain di dalam fikirannya seperti alat pemain muzik.
Tiba-tiba kata semangat tadi terhenti setelah dia tiba di hadapan sebuah pintu. Di muka pintu itu tertera nama “Puan Sofiah Ali, Pengetua Kanan”.
Tangan Syraf seperti diikat dengan batu seberat 5 tan. Begitu berat tangannya untuk diangkat supaya dapat mengetuk pintu itu. Tapi dia berusaha juga.
“Masuk.” Kedengaran suara perempuan memanggil setelah dia berjaya mengetuk pintu itu. Bilik itu kelihatan seperti pejabat lama, sunyi dan muram. Suasana di dalam seakan memberikan ketegangan menyukarankan lagi perasaannya. Di dinding belakang kerusi pengetua iti tergantung hampir berbelas gambar bekas pengetua sebelum ini. “Owh.. Syraf! Apa mimpi awak datang jumpa saya hari ini? Jemput duduk.”
Tangan Syraf basah katika itu. Mungkin terlalu gementar. Bukan selalu dia akan meluahkan perasaannya kepada seseorang. Terutama kepada seorang yang amat penting kali ini. Ini masanya untuk bagitahu apa yang tersirat selepas sekian lama terpendam.
“Syraf, ada apa-apa yang awak nk bagi tahu saya?”
“Saya sebenarnya……….” Lama dia terdiam. Memikirkan adakah betul jalan yang diambil ini. Tapi dia telah berada disitu. Tidak boleh berpatah balik. “Saya nak keluar dari sekolah. Saya tak nak sekolah dekat sini lagi.”
Keadaan menjadi senyap buat seketika. Mulut perempuan tadi seakan terbuka sedikit akibat terkejut menampakkan gigi tingkihnya.
“Tapi kenapa? Adakah guru-guru di sini tidak bagus? Adakah sebab asramanya? Soalan bertalu-talu keluar dari mulut perempuan itu. Tetapi Syraf tidak memperdulikan soalan yang ditanya. Dia hanya mendiamkan diri di tempatnya.
Tiba-tiba dia meluru ke pintu. Dua terus berlari keluar dari bilik itu tanpa menghiraukan panggilan pengetuanya dari dalam bilik itu. Dia tahu dia berhadapan dengan masalah besar bila berbuat begitu.
“Apa yang aku fikir hah? Nak bagitahu yang kau nak keluar. Kau patut tahu dia tak kan dengar!” Syraf mengomel sendirian. Perasaannya sudah menyamai gunung berapi aktif yang akan meletus beberapa saat lagi. “Kenapa susah sangat orang lain nak terima pakai apa yang aku nak?!!!!”
Ppppaaaaakkkkk!!!! Kedengaran satu bunyi yang amat kuat dari tepi.
Tanpa disedari kaki Syraf berada tinggi di permukaan pintu di tepinya. Pintu itu patah dan retak dan hampir tercabut dari engselnya. Dia memandang dengan rasa cemas dan keliru.
Macam mana boleh dia menendang pintu itu sebegitu kuat sehingga patah? Mana datangnya tenaga yang selama ini tidak penah di ketahuinya? Kenapa dia tidak dapat mengawal dirinya seperti dulu?
“Hey! Kamu! Apa yang kamu dah buat hah?!” seorang lelaki botak dan berbadan besar datang menghampirinya. Lelaki itu membawa rotan yang panjang. Lelaki itu tadi seakan bola bowling yang berwarna hitam dengan muka dan badannya yang bulat dan berkulit gelap.
Maniam…… guru disiplin.
“Mari ikut saya ke pejabat pengetua!”

“Woi Syraf…kenapa aku tengok kau happy je? Kau kena buang sekolah lar. Bukan dapat hadiah pelajar cemerlang!” seorang budak lelaki duduk di katil Syraf.
“Aku happy la.. Sebab aku da dapat apa yang aku nak.” Dia terus bangun sambil memikul begnya. “Guys, aku pergi dulu. Nanti ada masa kita jumpa lagi.” Mereka pun bersalam-salaman di antara satu dengan yang lain.
“Akhirnya aku dapat jugak keluar dari penjara ni!!”

No comments:

Post a Comment